Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rasanya dah lama tak update blog omma recipe nie. Almaklum la sekarang sangat sibuk nak siapkan projek paper, plus dengan kerja lagi dan mula berjinak-jinak dengan bisnes.
Entry kali nie bertujuan nak kenalkan kedai alam maya omma enterpriszo. Sapa-sape nak shoping dekat kedai omma boleh la tgok page Omma Doorgift @ommadoorgiftmurah. Agak-agak la apa yang omma jualkan. Bisnes yang omma ceburi nie mungkin biasa pada sesetengah orang tapi amat berguna dan bermakna kepada yang memerlukan. Di abad yang ke 21 nie, kebanyakan masyarakat kita sangat sibuk. Keluar kerja sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari sudah terbenam. Belum lagi sabtu ahad terpaksa bekerja untuk cari duit tambahan. Mana la ada masa kan untuk diri sendiri.
Omma doorgift di buka untuk memudahkan masyarakat diluar sana untuk cari doorgift yang murah dan harga yang berbaloi. Omma Doorgift siap bagi pakej dengan packaging yang lawa-lawa sesuai dengan tema majlis anda. Selain itu, Omma Doorgift juga ada menjalankan perkhidmatan untuk hantar doorgift tersebut terus ke tempat anda. Ha....best kan... Tak payah nak pening kepala sape la nak tolong buatkan doorgift, nk kena pergi kedai beli barang lagi. Banyak kerja kan kena buat dengan kaki tangan yang menolong pun kurang.
Omma Doorgift terima tempahan untuk majlis
a) Majlis Perkahwinan
b) Majlis Bertunang
c) Majlis Akikah
d) Majlis Keraian
Ok.. Sampai sini dulu entry kali nie... isyaAllah esok sambung entry yang baru...
Agak-agak apa produk yang ditawarkan oleh Omma Dorrgift... Ok tunggu tau!!!!
Sekian, Assalamualaikum....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment