Monday, 16 April 2018

IDEA MACARON SEBAGAI GOODIES DI MAJLIS ISTIMEWA ANDA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bersawang rasanye blog Omma Recipe nie... Tahun nie tahun yang agak sibuk. Dan Alhamdulillah dah tamat pengajian di peringkat Master. Seronok sibuk kan diri dengan pelbagai aktiviti. Sebab macam-macam kita dapat buat, ilangkan tekanan dan enjoy apa yang anda sedang lakukan. Entry kali nie sebenarnye nak share berkenaan dengan macaron.

Maybe kite tak biasa lagi jadikan macaron sebagai hantaran atau goodies untuk majlis-majlis yang ada di Malaysia. dan mungkin juga kita beranggapan orang yang kaya, yang berduit sahaja boleh buat macam tu. Kebiasaanya Macaron nie ada jual di kedai Bakery dalam shoppimg mall. Tengok plak harga mak aiii sebiji cecah RM4.00 untuk saiz besar, saiz sederhana RM2 hingga RM3.

Ada entry yang lepas saya ada ceritakan berkenaan Macaron kenapa harga dia mahal. Kerana kepakaran dan teknik yang betul sahaja boleh menjadikan macaron nampak cantik sempurna. ok jom tengok macaron sesuai dijadikan doodies untuk majlis apa???

1. Majlis Perkhwinan
2. Majlis Pertunagan
3. Baby shower / Birthday Party.
4. Majlis Akikah
5. Cenderahati

Contoh Doorgift Macaron di Omma Doorgift

Apa yang boleh saya katakan anda yang sedang bajet untuk majlis anda layak untuk jadikan Macaron sebagai goodies untuk tetamu dan diletakkan di atas dulang sebagai hantaran. Tak kan yang diluar sana tak nak sesuatu yang berbeza kan...Paling best kalau sedara mara dan tetamu puji mana dapat goodies yang rare nie.

Jom kite cuci mata dengan macaron yang comel-comel mana tahu dapat bagi idea untuk goodies atau hantaran.
Tempahan untuk Majlis Perkahwinan di Manong, Kuala Kangsar


Tempahan Hantaran Majlis Pertunagan di Pokok Sena, Kedah

Gambar-gambar di atas adalah antara tempahan yang dibuat oleh pelanggan Omma Doorgift. Kalau nak lagi idea yang menarik saya sharekan gambar dari sumber google. 

Sumber Google

Sumber Google

Sebenarnye banyak lagi idea macaron untuk goodies dalam google nie.. Nanti search ya.. taip je macaron for gift .. banyak gambar-gambar lawa yang boleh jadikan idea. Ok sampai sini entry kali nie.. Nanti saya share lagi idea-idea doorgift, goodies ya. Semoga entry nie memberi sumper inspirasi kepada nbakal-bakal penantin atau yang nak buat majlis.. Byeee... Assalamualaikum... :-)

Thursday, 4 January 2018

Al Kisah French Macaron

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahu tak apa tu macaron. Ada jugak yang tak tahu apa tu macaron, macam mana rupe macaron. Macaron nie kebanyakkannye ada kat kedai bakery, tapi tak semua kedai bakery yang jual macaron ni ya. Macaron nie marigue yang berbentuk bulat, rasanya manis-manis dan ada rasa almond. Penghasilan macaron adalah sangat rumit bagi yang baru nak cuba buat. Tanpa teknik yang betul kita tak dapat bentuk dan rupa sebenar yang dikehendaki.. Tu sebab macaron agak mahal dipasaran sebiji macaron harga cecah RM2.50 per pcs. Emm mahalkan.. hehe. Nak tahu kenapa boleh jadi mahal ???. Nie nak kisahkan pengalaman buat macaron yang sangat mencabar tambah-tambah musim hujan nie.

First time buat menjadi tapi masih tidak tahu teknik yang betul. macaron berkaki tapi tidak tinggi. Kali kedua tiba musim hujan, macaron berkaki tapi banyak senget, ada tak keluar kaki, ada yang tak kering betul-betul maka kejadian yang sangat tidak cantik. dan kebanyakkan terpaksa buang (tak kan nak makan kencing manis mak, nak bagi kat jiran pun musim cuti sekolah kuarters guru tak de orang). Kali ketiga pun sama macam-macam teknik pengeringan guna, aircond, kipas, ketuhar. Abis ikhtiar bangun 3 pagi masa tu nak siapkan tempahan langsung semua tak menjadi. Kecewa sangat rasa dah la abis duit buat modal beli bahan-bahan. Kali ke empat buat menjadi siap berkaki tinggi sebab betul-betul kering tapi rupa paras macaron tak licin menggerutu pulak. Sangat tidak puas hati. Rupanya salah teknik. Macaron nie tak boleh terlampau kental dan terlampau cair adunannya. Lupa nak bagitahu proses pengeringan sangat penting, kalau tak kering macaron tak ada kaki ya. kalau macaron tak de kaki tu bukan macaron namanya.. hehehe..

Bagi kesemua pengalaman tu proses pengeringan sahaja makan masa 6 jam ke atas dan paling lama 8 jam. Nak hasilkan Macaron perlu bersabar ya. Bak kata cikgu saya dari step awal buat macaron muka kena ada senyum. tak leh stress nanti lagi stress tengok macaron kalau tak jadi. hehehe. Nie serba sikit pengalaman saya. Rajin-rajin singgah la page Omma Doorgift ya. Jom saya belanja gambar Macaron yang cun melecun, dan comel tak terkata.. :-). Sampai sini entry untuk hari ini. Terima Kasih sudi baca.



Wednesday, 3 January 2018

Jom Singgah Omma Doorgift

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama tak update kan. Agak sibuk uruskan tempahan dan pada masa yang sama pada waktu itu masih bekerja. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk update balik blog Omma Enterpriszo. Selama dua bulan tak update jom kite throwback balik apa yang dibuat oleh Omma Doorgift. masih berjalan seperti biasa atau tidak kan.

Alhamdulillah syukur sekali lagi walaupun baru beroperasi Omma Doorgift dah dapat tempahan dari pelanggan. baik yang jauh dan yang dekat. ada yang tempah pop corn, macaron, kerepek popia dan juga apam polkadot. tak menang tangan dibuatnye. tapi tak pe sebab seronok dan enjoy buat doorgift nie. Buat pengetahuan semua Omma Dooegift ada promote akhir tahun 2017 tau. Kebanyakkan pelanggan kami dapat freegift bukan main seronok pelanggan kami. Kalau pelanggan suka lagi la pihak Omma Doorgift suka. untuk entry kali nie tak nak taip panjang-panjang sebab ada lagi entry yang akan ditulis secara detail. Terima kasih pada yang selalu support Omma Doorgift @ommaentrepriszo.




                                    Handmade Product By Omma Doorgift @ommaenterpriszo.
 

"OMMA RECIPE - OMMA DOORGIFT" Template by Ipietoon Cute Blog Design