Bersawang rasanye blog Omma Recipe nie... Tahun nie tahun yang agak sibuk. Dan Alhamdulillah dah tamat pengajian di peringkat Master. Seronok sibuk kan diri dengan pelbagai aktiviti. Sebab macam-macam kita dapat buat, ilangkan tekanan dan enjoy apa yang anda sedang lakukan. Entry kali nie sebenarnye nak share berkenaan dengan macaron.
Maybe kite tak biasa lagi jadikan macaron sebagai hantaran atau goodies untuk majlis-majlis yang ada di Malaysia. dan mungkin juga kita beranggapan orang yang kaya, yang berduit sahaja boleh buat macam tu. Kebiasaanya Macaron nie ada jual di kedai Bakery dalam shoppimg mall. Tengok plak harga mak aiii sebiji cecah RM4.00 untuk saiz besar, saiz sederhana RM2 hingga RM3.
Ada entry yang lepas saya ada ceritakan berkenaan Macaron kenapa harga dia mahal. Kerana kepakaran dan teknik yang betul sahaja boleh menjadikan macaron nampak cantik sempurna. ok jom tengok macaron sesuai dijadikan doodies untuk majlis apa???
1. Majlis Perkhwinan
2. Majlis Pertunagan
3. Baby shower / Birthday Party.
4. Majlis Akikah
5. Cenderahati
Contoh Doorgift Macaron di Omma Doorgift
Apa yang boleh saya katakan anda yang sedang bajet untuk majlis anda layak untuk jadikan Macaron sebagai goodies untuk tetamu dan diletakkan di atas dulang sebagai hantaran. Tak kan yang diluar sana tak nak sesuatu yang berbeza kan...Paling best kalau sedara mara dan tetamu puji mana dapat goodies yang rare nie.
Jom kite cuci mata dengan macaron yang comel-comel mana tahu dapat bagi idea untuk goodies atau hantaran.
Tempahan untuk Majlis Perkahwinan di Manong, Kuala Kangsar
Tempahan Hantaran Majlis Pertunagan di Pokok Sena, Kedah
Gambar-gambar di atas adalah antara tempahan yang dibuat oleh pelanggan Omma Doorgift. Kalau nak lagi idea yang menarik saya sharekan gambar dari sumber google.
Sumber Google
Sumber Google
Sebenarnye banyak lagi idea macaron untuk goodies dalam google nie.. Nanti search ya.. taip je macaron for gift .. banyak gambar-gambar lawa yang boleh jadikan idea. Ok sampai sini entry kali nie.. Nanti saya share lagi idea-idea doorgift, goodies ya. Semoga entry nie memberi sumper inspirasi kepada nbakal-bakal penantin atau yang nak buat majlis.. Byeee... Assalamualaikum... :-)





0 comments:
Post a Comment